Hidup sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai satu 'journey' yang panjang dan memenatkan. Bukan satu eksplorasi yang selalu sebegitu menyeronkkan setiap masa. Bukan yang cikgu tadika selalu cakap. 'Indah belaka'. Hidup ini ada pelbagai dugaan. "Kau lihat aku macam tak ada apa-apa masalah, betul tak? Kau mungkin nampak macam aku ini 'happy go lucky'. Kau nampak macam aku ni jahat, teruk, tak guna. Kau tak tahu apa yang aku rasa. Apa yang aku lalui. Berapa juta air mata aku bazirkan. Berapa dalam luka yang aku pendam. Kau hanya tahu nak menilai aku." Hidup tak selalu sempurna. Manusia apatah lagi. Setiap yang berlaku ada hikmah. Setiap yang hadir ada sebabnya. Hidup tanpa ujian seperti ibarat sehelai kertas kosong. Bosan. Jatuh? . Sakit? Gagal? Sedih? Kecewa? BANGKIT!!